SAKIT DAN KETEGANGAN LEHER


Kesakitan pada bahagian leher adalah antara sakit yang dihadapi kebanyakan orang tanpa mengira peringkat umur. Ia boleh terjadi terhadap kanak-kanak, remaja, orang dewasa, atau orang tua. Setiap tanda dan gejala yang dihadapi boleh membawa kepada diagnosis yang berbeza.

Antara contoh penyakit yang menyebabkan kesakitan pada bahagian sekeliling leher seperti:

·         Cervicogenic
·         Whiplash injury
·         Cervical spondylosis
·         Cervical herniated disc
·         Cervical stenosis
·         Klippel-feil syndrome
·         Cervical infection: tuberculosis & meningitis
·         torticollis
·         Dan sebagainya


Jadi, berdasarkan kepada diagnosis doktor serta keadaan yang dihadapi oleh pesakit, rawatan yang diberi juga mungkin terdapat sedikit perbezaan.

Walau bagaimanapun, rawatan untuk mengurangkan tanda dan gejala dapat dilakukan jika pesakit datang untuk pemeriksaaan awal.

TANDA & GEJALA

Sakit dan lenguh (tingling, dull aching, sharp shooting pain)
Pergerakan leher yang terhad
Lemah pada otot di sekitar leher
Bengkak atau bahagian otot disekitar leher menjadi keras (muscle spasm)
Pening kepala

PUNCA
  • Posisi tidur yang tidak betul:

contohnya tidur menggunakan bantal dengan keadaan leher terlalu rendah tau terlalu tinggi



  • Posture badan dan pergerakan yang salah:

contohnya duduk dalam keadaan tidak tegak atau tidak bersandar menyebabkan leher berada terlalu kehadapan atau kebelakang


  • cara kerja yang lama dan salah:

contohnya bekerja dalam pejabat dengan terlalu banyak tunduk atau menulis, atau kerja sebagai buruh binaan ketika mengecat bangunan memerlukan kepala melihat keatas menjadi sakit leher

  • faktor usia:

orang yang lebih tua mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi untuk sakit di leher disebabkan oleh pergerakan msa lalu yang salah

tidak melakukan aktiviti regangan sebelum membuat senaman atau kerja berat

BAGAIMANA SAKIT LEHER TERJADI

Kebiasaannya, sakit pada bahagian leher mungkin terjadi secara langsung seperti kemalangan atau sukan, yang menyebabkan struktur disekeliling tulang cervical cedera terkena hentakan atau daya luar.

Kesakitan juga terjadi apabila melibat proses ‘wear and tear’ atau disebabkan oleh faktor usia. Struktur disekitar leher seperti tulang cervical, sendi facet, atau otot bole tercedera dan sakit bila telah tua.

Apabila sakit mula terjadi, seseorang akan cuba mengelak pergerakan di kawasan yang sakit itu. Kesannya, otot menjadi tidak seimbang dari segi kekuatan dan pergerakan menjadi terhad, sama ada akibat sakit atau otot menjadi tegang dan keras (spasm).

Keadaan yang berterusan seperti ini menyebabkan posisi badan menjadi salah, seterusnya menyebabkan komplikasi yang lain, seperti kerosakan pada tulang belakang.

RAWATAN FISIOTERAPI

Rawatan konservatif oleh fisioterapi adalah rawatan secara manual technique atau menggunakan therapeutic modalities.

  • Urutan / muscle release/ trigger point:

Dengan cara memberi tekanan dengan daya tertentu mengikut arah tertentu pada bahagian otot dapat mengurangkan kesakitan seterusnya melembutkan kawasan otot yang keras


  • Joint mobilization:

Dengan mengenakan tekanan dan pergerakan dengan daya amplitude tertentu pada bahagian tulang cervical dan sendi facet dapat mengurangkan rasa ketat pada leher dan meningkatkan pergerakan pada leher

  • Senaman dan pergerakan terkawal:

Melalui kaedah ini, ia boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan selepas mengalami kecederaan di leher dan mengurangkan risiko mendapat sakit leher kronik. Fisioterapi boleh menyediakan sesi kaunseling dan nasihat tentang pergerakan dan posisi yang betul serta program latihan untuk membantu meningkatkan fleksibiliti otot dan kekuatan, meregangkan otot anda dan mengurangkan kekejangan.

  • Therapeutic modalities:

Transcutaneous electrical nerve stimulation – TENS, ultrasound dan hotpack antara contoh alatan yang boleh didapati dari fisioterapi dengan kaedah rawatan dan cara penggunaan yang betul.




Give us chance to improve your health

Assess Analyze Achieve

012-5008700


30. Persiaran Tenggiri,
Seberang Jaya
13700 Seberang Jaya,
Penang

Comments

Popular posts from this blog

Sakitnyer tarik mengkarung...huhu

GROIN...GROIN....GROIN....

Urat TIMBUL warna BIRU kat KAKI saya!!!!