aduhhh.. sakitnya tulang belikat ku!!!!
Assalamua’laikum dan salam sejahtera semua pencinta blog kami….hehe Pernah tak anda mengalami sakit pada tulang belikat (dikenali sebagai tulang scapula)??? Dan kadang2 terasa sakit pada bahagian bahu atau leher???…Simptom ini kebiasaannya dikaitkan dengan ‘scapular winging’….haaaa…Tahu tak apa itu ‘scapular winging’??? Definisi: Sebelum saya terang apa itu ‘Scapular Winging’, jom kita kenali apa itu tulang skapula… I. Skapula atau tulang belikat adalah tulang leper yang berbentuk lebih kurang segi tiga dan terletak pada bidang posterolateral (sisian belakang) sangkar toraks , yang menyambungkan humerus (tulang pangkal lengan) dengan tulang selangka [rujuk gambarajah (a)]. II. ‘Scapular winging’ pula dikatakan apabila tulang scapula terjungkit keluar berbanding melekat rata di sangkar toraks terutama apabila menggerakkan sendi bahu [rujuk gambarajah (b)]. (a) Tulang scapula atau tulang