aduhhh.. sakitnya tulang belikat ku!!!!
Assalamua’laikum
dan salam sejahtera semua pencinta blog kami….hehe
Pernah tak
anda mengalami sakit pada tulang belikat (dikenali sebagai tulang scapula)???
Dan kadang2 terasa sakit pada bahagian bahu atau leher???…Simptom ini
kebiasaannya dikaitkan dengan ‘scapular winging’….haaaa…Tahu tak apa itu
‘scapular winging’???
Definisi:
Sebelum saya
terang apa itu ‘Scapular Winging’, jom kita kenali apa itu tulang skapula…
I.
Skapula atau tulang belikat adalah tulang leper yang
berbentuk lebih kurang segi tiga dan terletak pada bidang posterolateral (sisian belakang)sangkar toraks, yang menyambungkan humerus (tulang pangkal lengan)
dengan tulang selangka [rujuk
gambarajah (a)].
II.
‘Scapular winging’ pula dikatakan apabila tulang scapula terjungkit
keluar berbanding melekat rata di sangkar toraks terutama apabila menggerakkan
sendi bahu [rujuk gambarajah (b)].
(a)
Tulang scapula atau tulang belikat
(b) ‘Scapular winging’
Simptom:
I.
Sakit dan sengal pada belakang bahu atau
bahagian tulang belikat
II.
Tangan rasa berat atau cepat letih
III.
Pergerakan bahu terasa lemah
IV.
Susah untuk mengangkat tangan melebihi tahap
bahu
V.
Sakit pada bahagian belakang apabila bersandar
pada kerusi tinggi disebabkan tulang belikat menekan pada bahagian belakang
kerusi
VI.
Terdapat benjolan pada belakang bahu (tulang
scapula) apabila mencapai sesuatu di atas (contoh: menggantung gambar pada
dinding).
Faktor
penyebab:
I.
‘Poor posture’…postur badan yang
teruk boleh mengganggu keseimbangan otot-otot pada badan.
II.
Kerosakan pada saraf ‘long thoracic’
disebabkan oleh kecederaan pada sendi bahu atau leher, jangkitan kuman, dll...
Saraf ini mempengaruhi fungsi otot ‘serratus anterior’ yang terlibat untuk
pergerakan bahu. Pergerakan bahu menjadi lemah.
Risiko
tinggi bagi:
I.
Contact sports (contoh: sukan ragbi, tinju,
sukan bola sepak)
II.
Sukan yang memerlukan ‘overhead throwing type
activity’, seperti sukan bola tampar, badminton dan sukan bola jaring
III.
‘poor physical conditioning’ (kekuatan dan
kefleksibelan tubuh)
Rawatan
Umum
I.
Pengambilan ‘anti-inflammatory drug’ untuk
mengurangkan bengkak
II.
Penggunaan terapi ais utk kurangkan sakit dan
bengkak.
III.
Senaman yang sesuai.
Untuk
sebarang pertanyaan..sila hubungi kami di talian 012-5008700 (GT Physio And
Rehab Centre)
terima kasih info yang baik. Selain buat fisio boleh juga amalkan suplimen tambahan. In Sha Allah hilang sakit belikat tu. Saya sendiri 2 tahun menderita sekarang telah pulih sepenuhnya. Alhamdulillah.
ReplyDeleteBoleh share supplement apa yg diambil?
Deleteterima kasih info yang baik. Selain buat fisio boleh juga amalkan suplimen tambahan. In Sha Allah hilang sakit belikat tu. Saya sendiri 2 tahun menderita sekarang telah pulih sepenuhnya. Alhamdulillah.
ReplyDeleteSaya dah 4 bulan salit belikat.leher & bahu.😫
Deleteok nice info, saya suka baca
ReplyDelete