Masih Ada Harapan

assalamualaikum w.b.t

hello,yello,wello. :D

haiii..haiii..haiiii..jumpa lagi kita..

hmmm,post kali ni saya nak bercerita pasal otot @ orang kita panggil urat/ughat(utara).

oleh kerana orang utara nii,semua dalam badan ni depa panggil urat,so saya nak tekankan kat sini ialah kita tengah bersembang pasal otot merah tauu.. or dalam 'oh my english'nya adalah MUSCLES.. ok? 

ok,apa yang kita nak tau sebenarnya? hmmm.. penah dengaq tak pasal otot lemah? tetiba kan orang tu xda ribut,xda angin,xda taufan atau hujan,haaaa tetiba jee dia terlantar terbaring kat atas katil.. tapii,muda lagii..kiranya kalau tengok umo tu,macam tak patut la jadi camtu kann..tapiii tau tak kenapa tetiba jee dia jadi camtu? haaaa..tu laa nak diceritakan sebenarnya..

yang sebenarnyaa,penyakit jenis ni ada nama dia.. omputih cakap 'muscular dystrophy'.. melayunya pulak kata otot lemah laa.. hihihi.. ok2,fokus ehh..

sebenarnya banyak nama2 penyakit jenis nii..bergantung kat mana dia ter'effect',tahap keseriusan dan tahap ke'agresif'an simptom penyakit nii.. sebabnyaa,kadang2 ianya akan bertindak agresif tanpa sebab munasabab sebab yang ni penyakit dari dalam diri kita sendiri..so,sape yang dok control? diri sendiri lah kann.. hohoho.. 

sebenarnya,saya pernah laa merawat seorang pesakit nii..perempuan,muda lagi dalam awal 40-an umo dia..cantik orangnya..mai dari keyel tuuu,jauuhhh dia mai nak berubat sampai pinang nii..nampak macam biasa,xde sakit semua..tapi cek punya cek,tanya punya tanya,rupanya dia kena penyakit lemah otot nii..dah lama dah kena,dalam setahun lebih dahh..dah macam2 tempat dia pi nak berubat,tapi kesan nyaaa.. hmmmmm..sat je bertahan..kira akak nii dalam stage chronic jugak laa sebab ikut cerita akak nii,progression sakit dia tuu sangat cepat..sekarang hanya mampu bergantung pada wheelchair jee,tu pon nak kena orang tolak dari belakang..nak buat sendiri,memang dah tak boleh dah..kat rumah pon,hanya bergantung pada encik somi dan anak2 untuk bergerak,makan,urus diri semua lahh..dalam hati saya masa tuu,ya allah..kesian akak nii..rasa macam nak ikut beliau balik keyel nun,nak tolong jaga sebab bila pagi encik somi pi keja,anak yang berumo 14 tahun yang dok teman,jaga..sebaik anak akak nii sekolah petang..tapi petang tuu sementara nak tunggu encik somi balik dari keja,penat jugak laa dok sorang.. baring,golek2 jelah setakat yang mampu dibuat kannn..

yang bagus pasal akak nii,walaupon beliau dan keluarga dah tau pasal penyakit nii dan pengakhirannya nanti,tapi mereka xpenah berputus asa untuk berikhtiar dan berubat..cakap jee kat mana pon,akak nii dan encik somi sanggup pi,berhabisan duit..yelah,D.U.I.T kann akak nii kata. Doa,Usaha,Istiqamah,Tawakal.. insya allah akak,allah akan permudahkan urusan akak dunia akhirat. aminnn

ok..tangguh dulu cerita akak nii.nak cerita role fisio plak dalam kes nii..sebagai seorang fisioterapis,apa je yang saya boleh bantu? kan? kan? 

sebagai seorang terapis,saya hanya boleh me'maintain'kan otot2,sendi2 daripada menjadi keras..tapi,yang ni kenalah ada usaha daripada pesakit dan keluarga sendiri jugak kann..yang penting akak nii kena kuat semangat dan rajin buat setiap jam..jadinya,pendekatan senaman yang saya bagi pada hari tersebut adalah,pergerakan sendi2 secara gentle (sebab karang buat agresif sgt,kesian akak nii dok tanggung sakit -__-
semua sendi2 major lah saya gerak2kan kat akak nii,sendi bahu,siku,pinggang,lutut,dll.
kebanyakannya saya nasihat dan tunjukkan kepada ahli keluarga apa yang perlu dilakukan di rumah.
tapi sebenarnya,masih banyak lagi intervention yang boleh saya lakukan. banyaaaaakkkk sangat pilihannya tetapi haruslah bersesuaian dengan keadaan pesakit pada ketika itu.xleh la nak buat semua kat pesakit. fatigue nanti,masalah lain plak kann nak kena settledkan.. antara contohnya,bagi pesakit yang bedridden,saya boleh ajar pesakit untuk duduk atas katil,transfer diri dari katil ke kerusi,berdiri,berjalan sikit2 yang termampu.. senaman yang diberikan lebih kurang macam senaman kepada pesakit stroke jugak lah..huhu

kat sini saya nak kongsikan kisah pesakit MND nilahh tapi kat obersea laa..huhu
walaupon sakit,tapi semangat nak teruskan hidup tu yang penting. jyeahhhh

http://www.express.co.uk/life-style/health/531243/Mum-of-two-Suzanne-Maguire-diagnosed-Motor-Neurone-disease

http://www.kilkennypeople.ie/news/kilkenny-news/courage-displayed-by-motor-neuron-disease-sufferer-mark-attride-applauded-by-1-000-people-in-carlow-last-night-1-6362192

ok lah kottt setakat nii dulu 'bebelan' saya kali nii.. hohoho.. kalo ada pape permasalahan,nak tau kisah akak nii lagi ke,nak ape2 pasal fsio ke,boleh lah dapatkan nasihat di:

GT Physio and Rehabilitation Centre
No.30 persiaran tenggiri,13700 seberang jaya

0125008700

#AssessAnalyseAchieve

kbai,assalamualaikum ;)




Comments

Popular posts from this blog

Sakitnyer tarik mengkarung...huhu

GROIN...GROIN....GROIN....

Urat TIMBUL warna BIRU kat KAKI saya!!!!