ISTILAH REHAT DALAM PEMULIHAN KECEDERAAN

 Kecederaan berlaku setiap hari. Kecederaan perlukan masa untuk kembali berfungsi dengan normal. kami ingin kongsi tip untuk berehat secara berkesan untuk kembali aktif dan tidak mudah cedera lagi.


Apabila runner sakit tumit(heel pain), dia akan terfikir untuk berehat dari berlari dan hanya akan duduk di rumah sementara menunggu sakit tumit hilang. ada yang 3 hari dan ada juga yang melarat sampai 3 minggu malah ada yang berbulan. dan apabila kembali berlari, sakit akan kembali menganggu sehinggakan membeban kaki yang satu lagi.

proses penyembuhan berlaku ber peringkat dan mengikut masa


dan tempoh penyembuhan berbeza mengikut struktur

 berdasarkan masa dan mekanisma kecederaan, kami akan membantu untuk mengenalpasti struktur mana yang cedera. maka kita boleh gunakan carta di atas guide pergerakan dan aktiviti supaya tidak menganggu proses pemulihan.


REHAT DI SINI ADALAH TIDAK MEMBEBANKAN STRUKTUR YANG CEDERA DAN TIDAK MEMBIARKAN STRUKTUR SEMBUH TANPA SEBARANG BEBANAN. SEHARUSNYA STRUKTUR YANG CEDERA DI BEBANKAN DENGAN BEBANAN YG SESUAI SUPAYA IA JADI KUAT DAN TAK MUDAH UNTUK CEDERA KEMBALI.

   

Kekal aktif dan pilih aktiviti yang tidak membebankan kawasan yang cedera.

idea

a. selagi anda tidak memgalami masalah sakit kaki dan peha, berjalan adalah aktiviti yang amat baik dan tidak membebankan.

b. berenang merupakan aktiviti yang disukai ketika proses penyembuhan. sememangnya ia tidak membebankan, malahan ia merupakan senaman terapeutik yang digunakan untuk merawat kecederaan ; hydrotherapy.
tetapi mesti memilih teknik yang betul terutamanya jika anda ada masalah kecederaan bahu.

c. anda juga boleh melakukan rawatan haba, dimana anda memenatkan diri anda dengan berpeluh dengan haba tanpa ada banyak pergerakkan fizikal. contoh sauna atau rawatan hot pack di GT PHYSIO CENTRE.

d. pemilihan rutin YOGA yg betul dan diselia oleh Jurulatih yang bertauliah juga boleh membantu proses pemulihan

e. kami mempunyai Certified Fitness Instructor di GT PHYSIO Centre yg akan membantu anda merangka senaman yang selamat dan berkesan untuk anda pulih on time dan bertambah kecergasan anda..




Note :

1. Jangan pandang sinis pada kecederaan. Ia akan menghantui anda di kemudian hari.

2. Tak sakit bukan bermakna anda sudah bersedia untuk bersukan atau menjalani aktiviti harian dengan baik. kehilangan kekuatan, pergerakan sendi, rasa sendi, dan keseimbangan tidak akan datang dengan sendiri tanpa latihan yang cukup dan berkesan.

3. Kebanyakkan kecederaan, sebelum kembali aktif, pastikan kekuatan, keseimbangan, rasa sendi dan pergerakan sendi  mesti diambil kira dan jangan hanya melihat sakit sebagai ukuran.beberapa ujian fizikal mesti dilakukan untuk memastikan anda bersedia untuk kembali power.





Kami di GT PHYSIO CENTRE akan memastikan anda selamat untuk kembali bersukan malahan lebih stamina dan kurang berisiko untuk cedera.


Comments

Popular posts from this blog

Sakitnyer tarik mengkarung...huhu

GROIN...GROIN....GROIN....

Urat TIMBUL warna BIRU kat KAKI saya!!!!