MASYARAKAT SINONIM DENGAN SAKIT BELAKANG
Sambungan pada entri sebelum ini, team GT physio telah melakukan pendedahan awal terhadap masyarakat sekitar. Untuk pihak lelaki, kebanyakannya akan mengadu tentang sakit belakang. Apakah anda juga mempunyai cirri-ciri yang sama seperti yang dinyatakan oleh masyarakat setempat??? Apakah pula tindakan anda??? Bagaimana penyelesaiannya??? Mari kita kaji sedikit salah satu dari ‘case study’ bagi pesakit yang telah dirawat dalam program komuniti tersebut. Encik X yang berusia dalam lingkungan 50-an bekerja sebagai pemandu lori yang secara purata memandu 4 jam sehari. Dia juga melakukan kerja mengangkat barang-barang dari lori. Mempunyai fizikal yang agak berisi dan merokok. Tidak mempunyai sebarang penyakit yang lain. Encik X datang dan mengadu sakit pada bahagian ‘lower back’ dan pinggang terutamannya ketika memandu lori terlalu lama serta pada waktu pagi ketika bangun dari tidur. Dia juga mengadu sakit pada belakang kaki setelah beberapa kali mengangakat barang. Sete