FROZEN SHOULDER

assalamualaikum dan salam kebahagiaan kepada semua followers setia blog kami ;)
semoga entry2 yang telah kami kongsikan sebelum ini membawa manfaat kepada anda semua.. ilmu yang kita ada haruslah dikongsi bersama supaya semua orang dapat jugak ilmu yang kita ada. ^_^

oklahhh..pada entry kali ni,saya nak bercerita pasal 'bahu beku' @ frozen shoulder.. tau x apa tu? haaa,jom scroll bawah2 lagi baca lagi jomm. ;)

sebelum tuu,saya nak bagitau dulu pasal anatomy si bahu nii..


kenal x? ni laa sendi bahu anda ;)


ni pulak sebahagian daripada otot2 yang attached kat shoulder joint tuu.

ok,bismillah.. maka sekarang bermula lah penceritaan saya pasal frozen shoulder ni..
frozen shoulder atau nama lainnya adhesive capsulitis adalah keadaan dimana seseorang pesakit tu xdapat nak gerakkan bahagian bahunyaa disebabkan keras dan sakittt ..ouchhhh.. gerak sikit jee ataupon orang lain tersentuh,maka akan dengarlah orang tu mengaduhhh kesakitan.. kesiannn yee.. hmmm..sebab apa boleh jadik macam ni? sebabnyaaa kat bahagian dalaman yang kita xnampak tuu telah terjadinyaa inflammation dan bengkak pada capsul yang membaluti sendi bahu.. 



haaa,yang ni lah yang terjadi kat dalaman tuu.. huhu
nampak x yang sebelah kanan tuu? merah2 tuuu,yang tulah inflammation yang telah berlaku. 

SIAPA YANG KENA?? 

nak tau sape yang selalu kena condition frozen shoulder ni?
1. orang yang baru lepas operation jantung,mastecomy
2. orang yang mengalami kecederaan pada bahu
3. patah pada collarbone
4. pesakit stroke
5. orang yang malas gerakkan bahu..hahaha :PP

frozen shoulder nii ada 3 stages tauuu untuk betul2 sembuh..lamaaaaa jugak laaa masa yang diambil untuk dapatkan balik normal range pergerakan shoulder nii once dah kena penyakit bahu keras nii..

stage 1
freezing/painful stage
  • selalunya stage nii,pesakit akan berasa saaaaaangatttttt sakit pabila berlakunya pergerakan bahu or even nak angkat tangan sikit ponnn..sakit tuuu akan berlarutan selama 6 minggu hingga 9 bulan.. haaa,lama kann?? tapi bukan semua..depends on pesakit jugak..setiap orang tak sama. ^_^
  • waktu kritikal nii,kalo nak gerak sikit pon dah tersangatlah sakit,maka range of motion of shoulder joint pon akan effect lah,akan berkurangan lahh ROM nyeee..ye dok?? huhu
  • dalam tempoh waktu nii lah,inflammation dan swelling sangat teruk dalam tuuu..untuk kurangkan rasa sakit,maka demah dengan ais..bagi swelling tu kurang sket ;)
stage 2
frozen stage
  • untuk pesakit melalui stage ke-2 ini,kadar kesakitan yang pada mulanyaaa TERsangaattttt sakit tuu,akan berkurangan sedikit demi sedikit.. 
  • bilanya sakitnya dah berkurangannyeee,makanyeee lebih senang mau gerak laaa kann.. bilenyee dah makin senang gerak,makanyee ROM pon akan makin increased lahh nyeee..
  • waktu dalam stage nii,memang sakit akan berkurangan,ROM pulak makin bertambah..alhamdulillah, senang sket mau angkat tangan tanpa perlu risaukan sakit  (:
  • swelling sudah berkurang,inflammaton pon makin baik,tinggal scar2 or parut2 jeee dalam stage 2 nii..
stage 3
thawing stage
  • alhamdulillah,anda telah berjaya mengharungi masalah frozen shoulder anda. hihihi
  • thawing stage ini adalah stage terakhir untuk anda kembali mencapai pergerakan shoulder anda pada tahap yang PALING MAKSIMUM (: tanpa rasa sakit ataupon sakit yang sikit2 jee,sakit yang masih boleh tahannn lagi.. ^_^
  • selalu dalam tempoh 1-2 tahun lah untuk daftar masukstage thawing nii.. 
makanyaaa,dengan berakhirnyaaa stage 3 ini,anda sudah berjaya mengharungi tempoh kesakitan frozen shoulder ini.. yeayyyy.. ^_^ alhamdulillah,syukur..

FISIOTERAPI??
apa yang fisio boleh membantu bila anda dah di'diagosis'kan oleh doktor yang anda sudah ada frozen shoulder nii?untuk permulaan,fisio akan cek dulu.. bila gerak masih ada sakit ke x? dah tak sakit tapi dah boleh angkat tangan tahap mane dahh?? semua nii akan di'assess' dulu oleh terapis anda.
bila anda mai dengan kesakitan yang terrrrramat sgt,maka terapist akan kurangkan dulu rasa sakit anda.. pastu akan ada lah gerak2 sket with pain tolerance.. jangan risau,walaupon sakit tapi tetap kena gerak jugak sendi bahu anda itu supaya nanti tak lagi teruk.. ;)

rasanyaaa setakat ini dulu lah perkongsian saya pada kali ini berkaitan dengan frozen shoulder.. sebut frozen,teringat pasal cite frozen.. 'do you want to build a snowman'? hahaha..ok,selingannn kejapp.. haha..lulz

oklahhh,sebarangan permasalahan boleh lah mai carik kami di

no.30 persiaran tenggiri,
13700 seberang jaya (berdekatan market seberang jaya)

atauponnnn,boleh jee kol no nii 0125008700

nak tau update pasal kami boleh jugak like pesbuk kami GT PHYSIO PENANG :)

klahhh,semoga anda menemui sesuatu yang bermanfaat daripada post kali ini..














Comments

Popular posts from this blog

Sakitnyer tarik mengkarung...huhu

GROIN...GROIN....GROIN....

Urat TIMBUL warna BIRU kat KAKI saya!!!!