SAKIT TAPAK KAKI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...sihat ke?harap2 suma sihat-sihat dan gembira belaka.

   Dalam entry kali ni, saya nak berkongsi ilmu berkenaan sakit di bahagian tapak kaki..ataupun nama famousnya ialah  plantar fasciitis. paling kerap terjadi waktu nak ambil langkah pertama selepas bangun tidur dan akan berkurang selepas beberapa minit. selalunya, pesakit akan berasa sangat sakit di bahagian tumit kaki.



   Plantar fasciitis ni bermaksud radang/ inflammation di bahagian lapisan plantar fascia. 
Mula-mula saya nak intro sikit pasal lapisan plantar fascia ni. Plantar fascia ialah satu lapisan tebal yang menyokong telapak kaki. 

   Apa sebab plantar fasciitis ni?
  • overuse (terlebih guna) - haa,apa yg terlebih guna. kalau seseorang tu berdiri/ berjalan terlalu lama yang mana akan mengakibatkan tegang di bahagian telapak kaki. lama-kelamaan akan mencederakan lapisan fascia dan membawa kepada plantar fasciitis.
  • memakai kasut yang tidak mempunyai pelapik tapak kaki. 
  • perubahan aktiviti secara mendadak - sebagai contoh, seseorang yang tak biasa berlari, tiba-tiba disuruh berlari secara berterusan. Ini juga akan menyebabkan kecedaraan di bahagian plantar fascia.
  • penambahan berat badan secara mendadak - penambahan berat badan akan menyebabkan tekanan di tapak kaki meningkat seterusnya mengakibatkan tegang dan cedera di tapak kaki. 
  Macam mana nak rawat??
  • rehat - pada peringkat awal sakit ni, pesakit dinasihatkan untuk berehat daripada melakukan sebarang aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan sakit jadi lebih teruk. Elakkan berjalan & berdiri terlalu lama, berlari. 
  • ais - ais boleh mengurangkan radang di tapak kaki. rendaman kaki di dalam air ais bagus untuk mengurangkan inflamsi. 
ini adalah contoh rawatan ais yang boleh dibuat di rumah.
  • tukar kasut / arch support  - tukar kepada kasut yang mempunyai sole, arch suppport. Elakkan memakai kasut yang mempunyai tapak yang lembut. 




  • senaman - senaman regangan yang lembut di bahagian buku lali boleh membantu mengurangkan rasa sakit. senaman juga boleh melembutkan tendon dan lapisan fascia yang mejadi kaku dan tegang apabila tidur pada waktu malam. 
antara senaman untuk plantar fasciitis..

 ni adalah antara satu teknik rawatan yang berkesan untuk melembutkan plantar fascia; dengan menggolek bahagian tapak kaki guna bola, ataupun foot roller ni..haa, boleh dapat kat GT PHYSIO tau..


setakat ni je perkongsian saya untuk kali ini..macam biasa, kalau ada sebarang pertanyaan boleh terus hubungi kami di   012 - 5008700
 atau boleh terus datang ke GT PHYSIO


Comments

Popular posts from this blog

Sakitnyer tarik mengkarung...huhu

GROIN...GROIN....GROIN....

Urat TIMBUL warna BIRU kat KAKI saya!!!!