Sakitnyer tarik mengkarung...huhu
Assalamua'laikum dan salam sejahtera semua....
Di utara ni ianya dipanggil tarik mengkarung...Bahasa sopannya ialah kekejangan otot atau cramp kaki, biasanya berlaku di malam hari ketika tidur (sedang enak2 menggeliat ketika tidur)..Kekejangan otot biasanya berlaku secara tiba2 dan akan hilang beberapa saat atau minit...Bahagian betis dan jari kaki adalah sasaran kekejangan otot...dan kiranya ia berlaku amatlah sakit...
Apa yang menyebabkan kekejangan otot?
Haaa...meh nak cite...kebiasaannya penyebabnye boleh jadi daripada pelbagai aspek seperti:
- Senaman yang terlalu kuat, atau kecederaan ketika bersukan
- Ibu mengandung. Kekejangan otot berlaku disebabkan kurang garam mineral seperti Calcium dan Magnesium
- Terdedah pada cuaca sejuk terutama air yang terlalu sejuk
- Masalah kesihatan seperti sakit buah pinggang, sakit thyroid dan Diabetes
- Berdiri lama atas permukaan keras, duduk terlalu lama, atau kedudukan kaki ketika tidur
- Kekurangan cecair dalam badan
- Pengambilan ubat tertentu seperti pil perancang, diuretics (ubat bagi kencing lawas), dan steroids.
Tips mengelakkan kekejangan otot berulang??
Haaa...korang boleh cuba cara ni:
- Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama tanpa di ubah posisi
- Elakkan kaki di silang terlalu lama
- Regangkan otot betis beberapa kali (stretching exercise) pada siang dan malam
- Rehat jika penat. Baring mengiring menghadap kiri untuk baiki pengaliran darah ke kaki
- Minum air banyak
- Makan secuit garam dan ssesudu madu setiap pagi
- Pakai stokin bagi mengelakkan cuaca sejuk di waktu malam
- Mandi air suam sebelum tidur
- Banyakkan makan makanan potassium tinggi seperti kurma, pisang, atau jus delima
- Jumpa doktor jika kekejangnan ini sangat menyakitkan dan berlaku dengan sangat kerap serta terdapat tanda bengkak dan merah.
Apa yang perlu dibuat pabila kekejangan otot???
Tidak semua cara berkesan pada seseorang. tapi why not we just try it?...
- Stop aktiviti yang menyebabkan kekejangan
- Tekan tapak kaki dan picit-picitkan agar cepat lega
- Picit ibu jari kaki selama 60 saat
- Tarik semua jari kaki
- Sapu minyak panas pada kaki
- Urut di bahagian betis
- Kalau anda sedang duduk, terus bangun dan cuba berjalan
- Buat senaman regangan kaki beberapa kali
- Minum air dengan banyak
Sekian...sampai di sini sahaja...kiranya korang nak tahu lebih mengenai kekejangan otot silalah hubungi kami di talian 012-5008700 atau kunjungi kami di GT Physio and Rehab Centre, No. 30 Persiaran Tenggiri, 13700, Seberang Jaya, Penang.
Comments
Post a Comment