MASYARAKAT SINONIM DENGAN SAKIT BELAKANG
Sambungan
pada entri sebelum ini, team GT physio telah melakukan pendedahan awal terhadap
masyarakat sekitar. Untuk pihak lelaki, kebanyakannya akan mengadu tentang
sakit belakang.
Apakah
anda juga mempunyai cirri-ciri yang sama seperti yang dinyatakan oleh
masyarakat setempat??? Apakah pula tindakan anda??? Bagaimana
penyelesaiannya???
Mari
kita kaji sedikit salah satu dari ‘case study’ bagi pesakit yang telah dirawat
dalam program komuniti tersebut.
Encik
X yang berusia dalam lingkungan 50-an bekerja sebagai pemandu lori yang secara
purata memandu 4 jam sehari. Dia juga melakukan kerja mengangkat barang-barang
dari lori. Mempunyai fizikal yang agak berisi dan merokok. Tidak mempunyai
sebarang penyakit yang lain.
Encik
X datang dan mengadu sakit pada bahagian ‘lower back’ dan pinggang terutamannya
ketika memandu lori terlalu lama serta pada waktu pagi ketika bangun dari
tidur. Dia juga mengadu sakit pada belakang kaki setelah beberapa kali
mengangakat barang. Setelah duduk pesakit juga mengadu sukar dan terasa lemah
untuk berdiri.
Maka
physiotherapist team dari GT physio melakukan pemeriksaaan awal. Pemeriksaan
mendapati terdapat ‘limited range of motion’ dan sakit di akhir julat (end
range pain) ketika pesakit membengkokkan badan ke depan dan belakang, pusing
kearah kanan dan kiri, serta bengkok ke sisi kanan dan kiri. Ujian juga
mendapati dia sakit ketika berdiri sebelah kaki.
Selain
itu otot pada bahagian betis dan belakang peha juga tegang. Otot pada bahagian
belakang juga menjadi agak keras (muscle spasm) yang memang biasa ada pada
orang yang sakit belakang.
Analisa
physiotherapist mendapati keadaan posisi duduk yang terlalu lama menyababkan
otot pada belakang serta tulang belakang menjadi ‘stiffness and tightness’
seterusnya menyebabakan pergerakan menjadi terhad. Rawatan seperti joint
mobilization terhadap tulang belakang dan facet joint dilakukan. Back exercise
diajarkan untuk pesakit. Nasihat tentang back support juga diajarkan.
Bagi
keadaan otot kaki yang menjadi tegang, stretching exercise diajarkan serta
teknik MFR juga dilakukan. Otot yang tegang disebabkan terlalu lama berdiri,
ditambah pula dengan berat beban barang yang diangkat. Kaunseling tentang
posisi yang betul mangangkat barang, cara kerja dan aktiviti harian serta
senaman yang betul diberikan pada pesakit.
Selain
usia, tabiat merokok menyebabkan system cardiovascular dan respiratory
terganggu. Tahap pertukaran gas oksigen dan karbondioksida menjadi rendah,
dengan jantung lemah untuk mengepam darah menyebabkan pengaliran darah ke
kawasan otot atau tulang yang dikenali sebagai avascular (kurang pemubuluh
darah) menjadi semakin teruk.
Pemeriksaan
semula setelah rawatan mendapati pergerakan pada bahagian badan lebih lancar
dengan kurangnya rasa sakit, pesakit juga mampu merasai perbezaannya ketika
berjalan dimana otot pada kaki lebih mudah dan fleksible untuk digerakkan.
Ketika
rawatan ini dilakukan pihak GT physio terikat dengan masa yang terhad dan
keadaan persekitaran. Untuk mendapatkan rawatan yang lebih lengkap dan selesa,
boleh berhubung terus dengan pihak kami.
Anda
mempunya ciri-ciri persamaan seperti diatas??? Anda alami kesakitan pada
bahagian belakang atau gabungan sakit pada anggota tangan dan kaki juga???
Malah mengganggu pergerakan dan rutin harian pekerjaaan anda??? Ini adlah
sebahagian dari keadaan yang dihadapi oleh kebanyakan masyarakat Malaysia…
Anda
dinasihatkan untuk berjumpa dengan physiotherapist team bagi mengesan punca
sakit dan rawatan susulan. Maklumat lanjut dan khidmat nasihat tentang sakit
anda boleh rujuk terus kepada kami…we trigger the motion…
GT PHYSIO AND
REHABILITATION CENTRE
No. 30, Persiaran
Tenggiri, 13700, Seberang Jaya, Pulau Pinang.
H/P : 012-5008700
EMAIL :
gtphysio@gmail.com
FB : gt physio penang
" ASSESS, ANALYSIS, ACHIEVE"
assalamualaikum, salam sejahtera. bolehkah saya dapatkan statistik jumlah pesakit di Malaysia yang mengalami sakit belakang ketika memandu?
ReplyDelete