Lumpuh wajah sebelah @ Bell's palsy? Jom cuba Rawatan Fisioterapi!!

Assalamualaikum..

Selamat petang smua pencinta blog...

Anda pernah tengok x kenalan anda/ saudara mara anda bila senyum, mulut senget..nampak muka pun jatuh sebelah..

Image result for bells palsy     Image result for bells palsy

Ha..SENGET CAMNI LAH..

kalu x pernah tgk anda mesti kenal dgn artis2 ni kan..artis hollywood...

George Clooney..Nampak x perbezaan kedua2 belah pipi dia dengan kedutan kat mata tu..
belah kanan tu lebih dari kiri kan?

Slyvester Stallone. Byk aktor ni berlakon..tua2 pun laku lagi...hahaha..ingatkan memang muka dia cenggini..rupanya ada Bell's palsy jgk,,

ni lagi sorg..
hero James bond kita, Pierce Brosnan..nampak x? skit je kan..nmpak yg kanan tu aktif skit dari kiri.


Kalu para blogger smua nk tau ni lah Bell's palsy/ lumpuh wajah sebelah..

APA ITU BELL'S PALSY

Bell's palsy merupakan masalah lumpuh wajah sebelah di mana saraf yang mengawal pergerakan dan deria di wajah tidak berfungsi dengan normal. Kira2 70 peratus membabitkan saraf otot kranial ke-7 yang merangkumi deria rasa(lidah) dan otot muka. Lebih mudah dikatakan saraf dan otot muka sudah lumpuh dan pesakit tidak dapat mengawal apa yang berlaku di kawasan muka. 



Image result for bells palsy


Saraf muka atau facial nerve merupakan sebahagian daripada sistem saraf yang dikenali sebagai saraf kranial atau cranial nerveCranial nerve adalah sistem saraf yang muncul terus daripada otak berbeza dengan spinal nerve atau saraf tunjang yang muncul daripada tulang belakang.

Image result for bells palsy

Fungsi utama saraf muka adalah merangsang pergerakan otot muka yang memberikan riak muka atau ekspersi muka seperti senyum, sedih, gembira, terkejut dan sebagainya. Selain daripada itu, saraf muka berfungsi mengawal deria rasa lidah daripada dua pertiga bahagian lidah dalam dan rongga mulut. Ini bermakna jika saraf ini lumpuh maka kebarangkalian simptom-simptom bell's palsy adalah tinggi.

SIMPTOM/GEJALA

Simptom-simptom yang menunjukkan bell's palsy atau lumpuh wajah sebelah adalah seperti:
  • dahi tidak berkedut
  • kelopak mata jatuh (tak boleh tutup rapat)
  • mata kering atau air mata berlebihan
  • hidung x bleh nak kembang kempis
  • otot pipi jatuh, bergerak dengan sendiri atau lemah
  • hujung mulut jatuh
  • mulut kering 
  • deria rasa di lidah berkurangan (rasa kebas)

Image result for bells palsy


PUNCA BELL'S PALSY

Punca sebenar Bells palsy belum diketahui sehingga sekarang. Bagaimanapun, hasil kajian sekumpulan penyelidik dan pakar perubatan Jepun mendapati penyakit ini berpunca daripada virus herpes simplex.

Berdasarkan teori mereka, virus itu yang juga punca penyakit kayap dan cengkering (chicken pox), hidup di dalam saraf ganglion sama ada di sebelah kiri atau kanan telinga seseorang. 


APA YANG FISIO BOLEH TOLONG??

Rawatan fisioterapi untuk bell's palsy merangkumi:


  • terapi haba untuk melancarkan peredaran darah di sekitar otot2 muka.
Image result for hot pack    
hot pack..mungkin saiz yang lebih kecil utk muka..diletakkan selama 15 minit/sesi

  • ice massage berfungsi seperti terapi haba untuk melancarkan peredaran darah di sekeliling
   Image result for ice stroking massage facial
   urut sekeliling muka menggunakan ais ketul..yup ais ketul..

  • massage/ urutan wajah
Image result for ice stroking massage facial   Image result for ice stroking massage facial Image result for ice stroking massage facial Image result for ice stroking massage facial

antara contoh2 urutan muka...

  • TENS 
Image result for facial TENS  untuk meransang otot2 muka.


  • senaman muka 

Selain itu anda dinasihatkan untuk:

  • memakai spek/ perlindungan mata untuk mengelakkan jangkitan, udara dan habuk memasuki mata.
  • jika mata anda kering, anda digalakkan untuk memakai cecair mata seperti eyemo
  • jika mulut anda tidak dapat ditutup rapat, anda digalakkan untuk minum dengan straw untuk mengelakkan air keluar semula.

Setakat ini saja perkongsian saya untuk entry minggu ini..
sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi kami di talian 0125008700

ATAU

datang terus ke pusat rawatan kami yang terletak di alamat berikut:

NO 30, Persiran Tenggiri,
 13700 Seberang Jaya
Pulau Pinang.

ASSESS< ANALYSE<ACHIEVE


Comments

  1. Jauhnya plak nk ke penang...
    Ank sy berumur 8 tahun dan disahkan bell palsy..
    Br dpt tahu penyakit ni..risau jgk tgk muka ank yg mula herot.. mata xboleh tutup sblh..
    Sblm nie ank saya br baik dr chiken pox..br sgt..doc gtau kemungkinan besar berpunca dr virus chiken pox lh...
    Doc hanya bg 1 ubat makan bukn steroid dan ubt titis mata..
    Xder oppoimnt tuk fisio dan takder rawatan susulan..jus abiskan ubt dlm masa.5 ari..
    Rasa macam sdkit kecewa..krg pjlasan..nk pengetahuan untuk saya merawat Atau mmbantu anak sy tuk merawat sakit ini...

    ReplyDelete
  2. Bell palsy ni memang sangat menakutkan, tak kira usia dan jantina. Bila menyerang, ia meninggalkan kesan yang mendalam terhadap pesakit. Boleh cuba 6 rawatan semulajadi penyakit Bell Palsy

    ReplyDelete
  3. Tak sangka plak aktor Slyvester Stallone tu kene bell's palsy. Nampak biasa je. Memang tak perasan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sakitnyer tarik mengkarung...huhu

GROIN...GROIN....GROIN....

Urat TIMBUL warna BIRU kat KAKI saya!!!!