PHYSIO & BEKAM..
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera para blogger sekalian..
Sebelum saya memulakan perkongsiaan saya pada minggu ini, saya ingin bertanya kepada blogger-blogger sekalian " adakah anda pernah mendengar istilah bekam? Apakah anda pernah dibekam?"
ermmm..
kalau jawapannya "ya"
tahniah saya ucapkan. Sebab seringkali saya bertanya ramai yang belum mendengar istilah bekam yakni sebanyak 80% manakala 90% belum pernah dibekam.
Kenyataan ini sunnguh bermakna kerana bekam ni kalau para blogger nak tau sudah dikenali ribuan tahun yang lalu, bahkan sejak zaman Nabi Musa a.s. dan berkembang ke seluruh dunia hingga saat ini.
Dah tau sejarah bekam, jom kita tengok pula apa sebenarnya maksud bekam ni.
Bekam merupakan terjemahan dari hijamah, dari kata al-hajmu, yang bererti pekerjaan membekam. Al-hijmu bererti menghisap atau menyedut. Sehingga hijamah atau bekam diertikan sebagai peristiwa penghisapan darah dengan alat menyerupai tabung, serta mengeluarkannya dari permukaan kulit dengan penyedutan yang kemudian ditampung di dalam gelas.
10 titik bekam Rasulullah SAW
Mengikut sunnah Nabi, terdapat 10 titik bekam yang harus dilakukan iaitu:
- kepala
- bawah telinga kiri
- bawah telinga kanan
- leher
- tulang bahu kiri
- tulang bahu kanan
- pinggang kiri
- pinggang kanan
- bawah lutut kiri
- bawah lutut kanan
walau bagaimana pun, bekam boleh dilakukan mengikut permintaan pesakit. =)
11 bahagian badan yang dilarang berbekam
Ini pula bahagian-bahagian yang x boleh berbekam. Antaranya:
- kelopak mata
- bibir
- lidah
- telinga
- hidung
- pusat
- payudara
- kemaluan depan dan belakang
- tapak tangan
- tapak kaki
- tempat luka
manfaat/ kebaikan berbekam
- membantu membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit.
- boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang
- memperbaikialiran pembuluh darah
- menghilangkan kejang-kejang otot dan luka dalaman pda otot
- dapat mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis (pengapuran pembuluh darah)
alat-alat bekam
bekam dan fisio
Secara logik akal, selepas pesakit menjalani rawatan fisioterapi, perjalanan darah di dalam badan menjadi lancar di mana darah-darah kotor diganti dengan darah-darah yang baru. Jadi, ke mana perginya darah-darah kotor ini?
Dengan bantuan bekamlah, darah-darah kotor dapat disalur keluar dari badan.
Rawatan bekam untuk pesakit frozen shoulder. Physiotherapy plus bekam hanya RM75 SAHAJA.
Ok para bloggers semua..dah tau fakta-fakta tentang bekam, Jadi apa tunggu lagi.
Ayuh..
Gerakkan kaki,
Goyangkan tangan,
Mengorak langkah,
Singgahlah ke pusat rawatan kami..
di..
No 30, Persiaran Tenggiri, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang.
"ASSESS, ANALYZE, ACHIEVE"
Comments
Post a Comment