TAK KENAL MAKA TAK CINTA

assalamualaikum 
dan salam sejahtera kepada semua blogger sekalian..

Tak kenal maka tak cinta!!!frasa ayat cinta yang sangat popular pada abad ini. Sering digunakan di kalangan remaja zaman sekarang untuk men'tackle' gadis-gadis di zaman ini. Tapi kami di sini bukanlah untuk mengajar kepada blogger semua tentang falsafah cinta. Tetapi kami ingin berkongsi kepada semua tentang fisioterapi supaya para blogger sekalian dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang fisioterapi sekaligus jatuh cinta dengan fisioterapi.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN FISIOTERAPI??

Ahli fisioterapi menilai, merancang dan melaksanakan program-program pemulihan yang mampu meningkatkan atau memulihkan fungsi motor manusia, memaksimumkan keupayaan pergerakan, melegakan sindrom kesakitan, dan merawat atau mencegah kecederaan fizikal yang berkaitan dengan  penyakit dan kecacatan lain. Mereka menggunakan pelbagai teknik terapi sama ada 'manual' ataupun menggunakan mesin seperti urutan, 'passive movement', 'ultrasound','wax therapy' dan sebagainya. Mereka juga boleh melaksanakan program-program saringan awal dan pencegahan penyakit-penyakit fizikal seperti osteoarthritis, sakit belakang, sakit leher dan sebagainya.


VISI AHLI FISIOTERAPI
Visi utama seorang ahli fisioterapi ialah membantu pesakit untuk mengembalikan dan memastikan setiap fungsi fizikal pesakit berada pada tahap yang tertinggi dan dapat difungsikan sebaik yang mungkin. Ia lebih tertumpu kepada pergerakan terkawal dan seimbang, peningkatan tenaga dan
stamina untuk kebolehan bergerak yang lebih baik. 

ANTARA KAEDAH YANG DIGUNAKAN OLEH AHLI FISIOTERAPI

ELEKTRO TERAPI
  • Ultra Sound
  • Interferential Terapi
  • Laser
  • Diatermi Gelombang Pendek

TERAPI MANUAL


  • Mobilisasi
  • Manipulasi
  • Urutan
  • Senaman Therapeutic
  • Rehabilitasi selepas pembedahan
  • Nasihat dan langkah 

KAITAN DENGAN DOKTOR PERUBATAN

 Kerjaya seorang fisioterapi dan seorang doktor perubatan adalah berbeza antara satu sama lain. Mungkin dari segi tempat kerja keduanya adalah sama seperti hospital, klinik-klinik mahupun agensi-agensi sukan yang lain. Tetapi fisioterapi dan doktor perubatan  saling memerlukan antara satu sama lain dalam usaha untuk membantu pengubatan pesakit.
Sekiranya seorang doktor menegendalikan sesebuah kes,dia akan berusaha untuk mengenalpasti dan menganalisa tahap penyakit itu dan cuba mengubatinya. Namun, khidmat kerjaya lain seperti juru pengimejan, fisioterapi dan pakar dietatik diperlukan dalam usaha untuk menjadikan proses pengubatan penyakit itu menjadi lebih efektif..

Begitulah sedikit sebanyak yang dapat kami berkongsi bersama para blogger sekalian tentang fisioterapi. Kami berharap info ini dapat membantu semua mengenali fisioterapi dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapat sebarang kekeliruan atau ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang fisioterapi,bolehlah berkunjung ke pusat rawatan  kami yang bertempat di 

No 30, persiaran tenggiri, seberang jaya 

atau 

bolehlah menghubungi kami di talian 012-5008700. 

'ASSES,ANALYSE AND ACHIEVE'





 




Comments

Popular posts from this blog

Sakitnyer tarik mengkarung...huhu

GROIN...GROIN....GROIN....

Urat TIMBUL warna BIRU kat KAKI saya!!!!