KENALI RHEUMATOID ARTHRITITS (RA)
- sakit pada sendi???
- mengganggu pergerakan???
- peningkatan usia???
- sukar berdiri lama???
- lenguh ketika berjalan jauh???
Apa yang sebenarnya terjadi???
APA ITU RA???
Rheumatoid
arthritis (RA) adalah sejenis penyakit autoimun. Autoimun menyebabkan rangsangan
serangan sistem imun keatas sistem pertahanan badan sendiri yang menyebabakan
keradangan pada bahagian tisu dan organ, terutamanya pada sendi (sinovial).
PENGENALAN RA
Keradangan RA
akan terjdi pada kedua dua bahagian kanan dan kiri sendi, seperti kanan dan
kiri tangan, kaki, lutut dan sebagainya. Ini membezakan RA dari jenis
keradangan yang lain. Ia boleh menyebabkan keadaan sakit dan hilang fungsi
pergerakan sendi jika tidak dirawat.
Tindak balas
keradangan kapsul disekitar sendi (synovium) memeberi kesan bengkak akibat sel
synovial dan cecair synovial yang berlebihan serta pengembangan tisu di
bahagian sendi.
Dari segi
proses patologi, proses penyakit ini sering membawa kepada kemusnahan rawan
artikular dan ankilosis (percantuman dan perlekatan) sendi. RA juga boleh
menghasilkan keradangan tersebar di paru-paru, selaput di sekitar jantung
(pericardium), selaput paru-paru (pleura), dan putih mata (sklera), dan juga
luka-luka nodular, yang paling biasa dalam jaringan bawah kulit.
TANDA GEJALA RA
- Keletihan dan kelemahan sendi.
- Sakit pada bahagian sendi.
- Bengkak pada bahagian sendi.
- Kemerahan pada bahagian sekitar sendi.
- Suam pada bahagian sekitar sendi.
- Pergerakan sendi menjadi terbatas
- Banyak sendi yang terjejas (polyarthritis)
- Permukaan bawah kulit menjadi berbiji biji atau berketul ketul
PUNCA
- Memandangkan RA adalah tergolong daripada penyakit autoimun, dipercayai keturunan turut menjadi penyebab kepada terjadinya RA.
- Merokok.
- Wanita berumur 30an ke atas lebih berisiko.
- Jangkitan kuman atau virus
KESAN JIKA TIDAK DIRAWAT
- Perubahan pada pergerakan otot, sendi dan tulang
- Otot menjadi lemah dan mengecut sementara sendi membengkak
- Meningkatkan risiko masalah jantung dan pengaliran darah
Sebagai
jurupulih anggota (fisioterapi) menjadi kepakaran kami untuk membolehkan anda
melakukan pergerakan dan aktiviti harian dengan teknik pemulihan terhadap
fizikal…bagaimana??? Temui kami…
Give us
chance to improve your health
Assess Analyze Achieve
012-5008700
30. Persiaran Tenggiri,
Seberang Jaya
13700 Seberang Jaya,
Penang
Seberang Jaya
13700 Seberang Jaya,
Penang
Comments
Post a Comment