14 tip
Assalamualaikum..
Hai para blogger sekalian..
Minggu ni saya nk kongsi sikit pasai tip utk sapa2 yang kat luaq sana tu kena jaga saudara/ mak/ayah/tok/nek yang kena stroke..
Nindia tip-tip nya..
Setakat ini saja perkongsian entry saya untuk kali ni..kita jumpa plak minggu depan
Sekian..
#ASSESS ANALYSE ACHIEVE,
#GTPhysio
#Tip2bergunauntukanda
Hai para blogger sekalian..
Minggu ni saya nk kongsi sikit pasai tip utk sapa2 yang kat luaq sana tu kena jaga saudara/ mak/ayah/tok/nek yang kena stroke..
Nindia tip-tip nya..
14 TIP APABILA ORANG YANG TERSAYANG
MENGHIDAP STROKE/ LUMPUH
-berwaspada
dengan ubat-ubatan dan kenal pasti kesan sampingannya.
-bertanya
kepada yang pakar samada rumah anda/ susunan di dalam rumah anda perlu diubah
suai bagi memastikan ia bersesuaian dengan pesakit stroke
-bertanya
kepada doctor, jururawat atau terapi anda untuk memberi pencerahan kepada
soalan2 anda yang tidak jelas atau menyediakan informasi bertulis yang
menjelaskan perkara2 yang kebiasaannya berlaku semasa proses pemulihan.
2. Kurangkan risiko ATAU ‘Pisang berbuah 2 kali’
-penghidap
stroke mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk terkena serangan yang ke-2
jika tidak mengikut rawatan yang dinasihatkan.
-pastikan
yang tersayang memakan diet yang sihat, bersenam, mengambil ubat dengan teratur
dan berjumpa terapi secara berkala untuk mengelak serangan ke-2.
-pemulihan
bergantung kepada faktor2 yang berbeza iaitu: lokasi/tempat diserang stroke,
keluasan kawasan yang diserang stroke, motivasi pesakit, sokongan sekeliling,
kuantiti & kualiti rehabilitasi dan kesihatan penghidap stroke sebelum
diserang stroke.
-elakkan
membuat perbandingan dengan pesakit stroke lain, kerana setiap penghidap stroke
adalah berbeza.
sokongan keluarga
4. Pemulihan boleh berlaku dengan CEPAT/
MENGAMBIL MASA
-Pemulihan
yang paling cepat berlaku seawal 3-4 bulan selepas stroke, tapi ada sesetengah
pesakit stroke mengmbil masa selama 1-2 tahun untuk pulih sepenuhnya.
5. Sesetengah TANDA/’SIGN’ menunjukkan perlu
TERAPI FIZIKAL
-jika
pesakit stroke mempunyai komplain seperti pening, rasa tidak seimbang yang
boleh menyebabkan jatuh, rasa susah untuk berjalan dan bergerak apabila melakukan
aktiviti harian, tidak boleh melakukan perkara yang diminati atau perlu bantuan
orang lain untuk melakukan aktiviti harian, penjaga haruslah mendapatkan
rawatan fisioterapi/terapi cara kerja.
6. Jangan pandang remeh terhadap JATUH
-masalah
jatuh adalah perkara biasa apbila seseorg itu menghidap stroke.
-Jika jatuh
yang serius dan melibatkan sakit parah, lebm atau berdarah, dpatkan rawatan
segera.
-Jika jatuh
yang tidak serius(tiada luka) yang berlaku lebih daripada 2x dalam masa 6
bulan, dinasihatkan supaya berjumpa fisioterapi untuk rawatan lanjut.
7. Mengukur tahap Peningkatan
-diukur
dengan menggunakan ‘Functional Independence Measure Score(FIMS)’ yang
melibatkan kemahiran aktiviti harian, kemahiran pergerakan dan kemahiran
berkomunikasi.
-pencapaian
yang dijangka adalah sebanyak 1-2 skor sehari.
8. Awasi perubahan PERANGAI & TINGKAH LAKU
-membuat
penilaian samada yg tersayang menunjukkan tanda2 perubahan emosi.
-berunding
dengan pakar untuk tindakan selanjutnya
9. Cegah KEMURUNGAN sebelum ia menghalang proses
pemulihan
-kemurungan
selepas stroke adalah perkara biasa di mana sebanyak 30-50% pesakit stroke
mengalami kemurungan samada di fasa awal atau akhir stroke.
-kemurungan
memberi kesan signifikan kepada pemulihan dan rehabilitasi pesakit
-berunding
dengan pakar untuk tindakan selanjutnya
10. Mencari SOKONGAN
-sumber2
komuniti seperti kumpulan sokongan pesakit stroke dan penjaga, tersedia untuk
anda.
-sentiasa
berhubung dengan pekerja social atau ‘discharge planner’ yang boleh membantu
mencari sumber dlm komuniti anda.
salah satu contoh support group
11. Belajar selok belok PERLINDUNGAN INSURAN
-pastikan
anda tahu berapa banyak dan berapa lama insuran akan membayar untuk
perkhidmatan rehabilitasi
-kenal pasti
perkhidmatan perubatan dan rehabilitasi yang tersedia di hospital
12. Mengetahui BILA perlu mendapatkan BANTUAN
-meminta
doktor untuk memberikan rekod kepada pembawa insurans dan jika perlukan
susulan, anda sendiri perlu berhubung dengan syarikat insurans.
13. Mengetahui HAK anda
-anda
mempunyai hak untuk mengakses rekod perubatan dan rehabilitasi.
-beri
peluang kepada diri anda untuk berehat dengan meminta bantuan orang lain untuk
menggantikan tugas anda sebagai penjaga stroke.
-menjaga
keseimbangan dalam hidup anda dengan makan dengan betul, bersenam atau berjalan
setiap hari dan mendapat rehat yang cukup.
Setakat ini saja perkongsian entry saya untuk kali ni..kita jumpa plak minggu depan
Sekian..
#ASSESS ANALYSE ACHIEVE,
#GTPhysio
#Tip2bergunauntukanda
OK BAIII!!!!
Comments
Post a Comment