Sayangi KakiKu

salam sejahtera kepada suma

sesi kali ni kiter nk bercerita sikit tentang arch ataupon dlm bahasa melayu nye..lengkuk tapak kaki. hihi


                                                 ini la 'arch' kaki..yg melengkung tu

kaki manusia ni sebenarnya hebat..nak tau sebab apa?sebabadanya kaki ni lah kita boleh berjalan berkilo-kilo meter setiap hari..so,bersyukurlah dgn kaki ini ^-^

tetapi,kalau la susunan atau alignment tulang,otot n ligament kat kaki tu berubah atau lari sikit..lama2, seluruh badan kita akan dapat masalah; sakit lutut, pinggang, belakang n tapak kaki sendiri.

Nak senang faham, tayar kereta kalo sebelah kempis dan sebelah lagi tegang, lama kelamaan akan bagi problem kat seluruh seluruh kereta tu, betol x?





gambar-gambar kat atas ni adalah contoh arch kaki yang tak normal dan yang normal..ni saya ambil yang common .
haa, sekarang boleh la cek kaki masing-masing tgk arch korang yang mana satu.. normal ke x normal
ok,seperti yang saya sebut tadi berkenaan kalo tapak kaki tu tak normal akan menyebabkan sakit badan. 
Secara logiknya, waktu kita berdiri atau berjalan, berat badan akan dibahagikan secara sama rata kepada tapak kaki. So,kalau la alignment kaki dah senget mcm yang gambar kat atas tu, automatic la pembahagian berat badan akan lari jugak. Akan ada bahagian kaki yang menerima terlebih berat dan akan ada yang sebaliknya.
Antara kondisi biasa yang disebabkan oleh arch :

  •      sakit tapak kaki
  •      sakit tumit
  •      sakit betis
  •      sakit lutut
  •      sakit pinggul/ belakang

kalau korang tgk yang gambar high arch tu,berat badan bnyk lebih ke bahagian luar tepi kaki,jadi tekanan di tepi luar kedua-dua kaki tinggi menyebabkan jugak tekanan di bhgian lutut tepi dan pinggang pon tinggi..
kalau keadaan ni berterusan utk tempoh masa yg lama, peluang untuk dapat sakit lutut dan pinggang bahagian tepi dan ialah tinggi.

Dah abis cerita pasal sakit2 ni..kita nak kongsi bab rawatan pulak.


First, kita akan latih otot di bahagian bawah tapak kaki,'instrinsic muscles' yang bekerja untuk pegang arch..yg ni sesuai untuk org yang flat foot/arch jatuh


ini la contoh senaman untuk kuatkan balik otot bawah tapak kaki 


 
yang ni pulak self-release untuk lapisan fascia di tapak kaki


Next,rawatan yang paling senang dan mudah ialah dengan menggunakan arch support..yang ni paling di rekomen sebab kita nak sokong arch tu..sama ada dia tinggi atau jatuh.
bila arch di'support', pecahan berat badan akan dibahagi sama rata, jadi dapat mengurangkan rasa sakit dan tekanan di bahagian yg tak sepatutnya



ini adalah contoh2 arch support. 

ok lah, setakat ni je perkongsian kita hari ni..harap2 dapat bg sedikit ilmu kat korang sume.jumpa lagi dalam diskusi akan datang.
bye dan Assalamualaikum
kalau ada sebarang pertanyaan lagi berkenaan topik ni, jangan segan silu call/whatsapp/sms kitorang di 

     012-5008700





Comments

Popular posts from this blog

Sakitnyer tarik mengkarung...huhu

GROIN...GROIN....GROIN....

Urat TIMBUL warna BIRU kat KAKI saya!!!!