3 RAHSIA SELEPAS CEDERA
Assalamualaikum dan salam sejahtera .. :)
Apa khabar semua hari ini? semoge encik,cik, puan,tuan,adik,akak,abang semua dalam keadaan sihat semua... maklumlah sekarang musim hujan, jadi mohon jage diri ye.. hehheheh.. :)
Jadi entry saya kali ini berkaitan tentang 3 Rahsia mempercepatkan proses penyembuhan untuk kecedaraan otot.. nampak mudah, nampak remeh tapi sebenarnye ini yang membuatkan sesetengah keadaan lagi teruk.. jage diri, jage kesihatan, hati pun senang. tak gitu? :)
Jika sekarang anda sedang mengalami kecederaan yang teruk, jangan biarkan....cepat-cepat pergi berjumpe dengan yang profesional agar keadaan tidak menjadi lebih parah...
NOTE 1 # saya berharap anda tak , tak, tak , takkan cedera.. :)
NOTE 2 # kalau anda cedera? macam mane nak buat? Sekiranya anda cedera, benda yang sepatutnya anda buat adalah pergi check dekat doktor. Sila KONSERVATIF!!!
Tapi sekiranya saya cedera sedikit di otot, saya akan mengaplikasikan 3 Rahsia ini.. :)
RAHSIA 1 :
+ aplikasikan ais secepat yang mungkin di kawasan yang cedera.
- aplikasikan ais untuk 10 minit atau 15 minit, aplikasikan setiap 1 jam sekali. Ini boleh mempercepatkan proses penyembuhan otot.
( NOTE : letakkan tuala kecil di antara ais dan kulit supaya mengelakkan berlakunya kerosakan kulit)
- Dengan mengaplikasikan ais selepas mengalami cedera, ia boleh mengurangkan sakit, bengkak,mengurangkan cecair tisu yang berlebihan ..Sekiranya kecedaraan yang teruk, disarankan jumpe doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut.
RAHSIA 2 :
+ Gerakkan otot yang cedera dengan kerap dalam kadar minimum
- Sekiranya anda hendak mempercepatkan proses penyembuhan untuk otot yang cedera, lakukan pergerakan dengan kadar yang rendah dan kerap untuk permulaan selepas cedera.
- Senaman intensiti rendah boleh membantu perjalanan darah dan pengelakkan pemendekkan yang melampau untuk otot yang cedera semase penyembuhan.
- Sebagai contoh : anda menghadapi kecederaan hamstring, saya mencadangkan anda supaya melakukan pergerakan bengkok dan lurus pada lutut atau pun dalam keadaan duduk, anda gulungkan satu tuala dan letakkan di bahagian bawah pelikat lutut dan bengkok dan lurus lutut anda. Tapi dinasihatkan sekiranye anda berasa sakit di bahagian cedera, berhenti serta-merta..
(NOTE : sekiranya anda tidak pasti dengan ape yang anda buat atau hendak buat,silalah bertanya pada yang pakar.)
- Regangan yang sedikit untuk dibenarkan. Jangan sampai sakit tawww!! :)
RAHSIA 3 :
+ jumpe terapi
- Untuk kecedaran otot , terapi yang terbaik adalah mengurangkan parut tisu dan mempromote kepanjangan ideal untuk otot sepanjang tempoh penyembuhan.
- Terapi boleh mengurangkan sakit dan juga memberikan senaman dan regangan yang bersesuaian untuk mempercepatkan tempoh penyembuhan dan mengurangkan tempoh berlakunya kali kedua kecedaraan pada otot tersebut.
- Terapi yang bagus akan membuat penilaian dan akan menyediakan mase untuk melakukan latihan semula.
- Kecedaraan akan berlaku berulang kali sekiranya anda tidak mendapat bimbingan yang sepatutnya. Ini akan menyebabkan kecedaraan akan parah dan penyembuhan untuk otot itu akan mengambil masa yang lame sekiranya kecedaraan berlaku di bahagian yang sama.
Sekiranya anda mengambil mase 2 hari untuk rehat, Ia akan membantu proses penyembuhan. Kawal kecedaraan dari sekarang supaya dapat mengelakkan kecedaraan yang lagi teruk.
Lakukan senaman dengan selamat, dengar cakap terapi ia akan membantu..
Semoge dengan pengkongsian saya kali ini dapat membantu anda semua.. semoga sihat selalu. Selamat beramal semua... :)
Salam Kasih syg dari saya, gadis gt.. :), untuk sebarang pertanyaan boleh contact : 012-5008700
"ASSESS,ANALYSE, ACHIEVE"
Comments
Post a Comment