KECEDERAAN SARAF TUNJANG PART 1

ASSALAMUALAIKUM N SELAMAT PAGI,

Insyaallah pda entry kali ini kami ingin berkongsi pengetahuan bersama para bloger sekalian berkenaan dengan kecederaan saraf tunjang ataupon dalam bi dikenali sebagai 'spinal cord injury'....hmmm...apa tu erk??macam serius jeewww....

APAKAH SPINAL CORD INJURY???

'Spinal cord injury' berlaku apabila saraf tunjang kita mengalami kerosakan ataupon trauma disebabkan oleh kemalangan jalan raya, jatuh ketika bersukan dan sebagainya.Hal ini dapat menyebabkan saraf tunjang cedera sama ada dalam bentuk terputus, termampat ataupon terlebih regangan.

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PESAKIT 'SPINAL CORD INJURY'

Masalah-masalah yang bakal dihadapi oleh pesakit 'spinal cord injury' adalah bergantung pada 'level' saraf tunjang yang cedera sama ada di bahagian 'cervical', thoracic, lumbar ataupon sacral. Antara masalah yang selalu dihadapi oleh pesakit adalah :-

1)  lemah otot / lumpuh
2)  mengalami kesukaran untuk bernafas dengan betul.
3)  Hilang fungsi pergerakan dan keseimbangan
4)  sakit di bahagian sendi
5)  postur badan yang tidak elok (poor posture)

BAGAIMANAKAH FISIOTERAPI DAPAT MEMBANTU PESAKIT 'SPINAL CORD INJURY' 

Rawatan fisioterapi adalah berbeza bagi setiap pesakit bergantung kepada keadaan semasa pesakit.
Antara contoh rawatan selalu dilakukan kepada pesakit 'spinal cord injury adalah :

1) senaman regangan yang bertujuan untuk mengekalkan fleksibiliti otot dan tendon sekaligus meminimumkan risiko otot menjadi keras (spasticity).
2) Senaman kekuatan pada otot untuk menjadikan otot lebih kuat dalam membantu pesakit melakukan pergerakan.
3) senaman pernafasan yang bertujuan untuk memaksimumkan fungsi paru-paru dan mampu untuk mengurangkan risiko jangkitan.
4) Senaman keseimbangan dan postur yang mampu untuk mengurangkan sakit yang berkaitan dengan postur badan yang teruk dan masalah imbangan
5) Mengajar dan memperbaiki teknik-teknik pemindahan yang dilakukan oleh pesakit/penjaga dengan betul seperti pemindahan pesakit dari katil ke kerusi roda.
6) Senaman 'functional' yang dapat membantu memperbaiki pola pergerakan asas seperti mengiring,duduk dan berdiri.
7) Konsultansi yang dilakukan kepada pesakit/penjaga dari segi aspek penggunaan barang atau alat sokongan seperti wheelchair dan sebagainya.

Inilah sedikit sebanyak yang dapt saya kongsikan bersama dalamentry kali ini. Insyaallah untuk entry akan datang,kita akan berdiskusi lagi berkaitan dengan senaman yang dapat dilakukan kepada pesakit spinal cord injury.

Jika para blogger sekalian ingin mengetahui dengan lagi lanjut lagi berkaitan masalah ini,bolehlah menghubungi kami di alamat :-

NO 30,PERSIARAN TENGGIRI 13700 SEBERANG JAYA

                           atau

                   hubungi di talian

                     012 5008700

Comments

  1. Thank you for the information

    Wong Medical Center
    We are providing rehabilitation for spinal cord injury patient.
    We are using two methods which is combination of physiotherapy treatment and acupuncture.

    For more info call us at 0124520077
    www.newhopemedic.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai..did you provide the sevice at home...

      Delete
    2. hai..did you provide the sevice at home...

      Delete
    3. sorry for the late reply. please direct contact us at 0125008700 for information. sorry again

      Delete
  2. salam semua nk kongsi boleh jika ada sakit darah tinggi atau masalah saraf atau kanser tahap 1 2 3 dan 4 atau lain2 penyakit cuba berubat dengan mohd zuhairi bin noordin 017 4687570..Insya Allah mujarab dan mmpu milik dah bnyk testimoni2 yang dah sembuh tahap 4 dan penyakit2 lain.pengasas gunakan pokok2 herba hutan yang penting harga mmpu milik

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sakitnyer tarik mengkarung...huhu

GROIN...GROIN....GROIN....

Urat TIMBUL warna BIRU kat KAKI saya!!!!