Hidroterapi dan Artritis
Assalamua'laikummm....hai sumeee...
haaaaa...topik kali ini berkaitan HIDROTERAPI dan ARTRITIS...so, apakah ia hidroterapi, dan bagaimanakah ia berlainan daripada berenang??? Meh nak terang sikit...
Berenang membawa banyak faedah kesihatan, terutamanya, ia menolong pesakit artritis dan juga penyakit rangka dan otot yang lain, kerana air menimbulkan dan menyokong berat badan seseorang ketika senaman.
Hidroterapi adalah cara menggunakan air untuk mengubati beberapa penyakit, termasuk artritis dan penyakit rangka dan otot yang lain. Hidroterapi berlainan daripada berenang kerana ia melibatkan senaman yang tertentu yang dilakukan dalam kolam panas, kebanyakannya di pusat fisioterapi sesebuah hospital. Suhu air biasanya di antara 33 hingga 37 darjah Celsius, iaitu jauh lebih panas daripada air kolam renang biasa.
Faedah hidroterapi pada pesakit
Air yang agak panas itu dapat melancarkan pelancaran darah dalam tubuh sekaligus dapat menolong melegakan otot dan mengurangkan sakit pada sendi-sendi. Ini akan membolehkan pesakit bersenam dengan lebih baik.
Air itu juga memberi daya apungan pada tubuh badan dan menyokong berat badan, dan oleh kerana itu dapat mengurangkan sakit pada sendi dan juga meningkatkan daya pergerakan seseorang. Kebiasaannya pesakit artritis mengalami kesukaran dalam melakukan senaman yang direct contact to ground (seperti jogging, jalan laju2, hiking dan lain2)
Air juga mempunyai daya halangan (water resistance) pada tubuh badan yang mana pergerakan tangan dan kaki dapat menguatkan otot badan.
Faedah hidroterapi boleh dirasa pesakit artritis, terutamanya pesakit artritis yang telah mengalami kerosakan dan penjejasan pada beberapa sendi, kerana kesemua sendi boleh disenamkan dengan mudah di dalam air yang agak panas dan menyokong berat badan. Hidroterapi juga menolong orang terasa sakit ketika berjalan, kerana air memberi sokongan tambahan.
Hidroterapi juga kadangkalanya digunakan untuk memulihkan pesakit selepas pembedahan penggantian sendi, dan juga untuk menolong pesakit yang mengalami sakit belakang atau penyakit ankylosing spondylitis.
Adakah hidroterapi selamat??
Seseorang tidak perlu tahu berenang untuk menjalani hidroterapi. Kolam hidroterapi biasanya cukup cetek, dan setiap orang boleh bersenam dengan tanpa takut tenggelam. Alat timbulan juga boleh didapati, dan selalunya ada seorang ahli fisioterapi yang akan ada dalam kolam, serta seorang penolong di tepi kolam.
Hidroterapi merupakan pengubatan yang amat selamat untuk pesakit artritis dan juga mereka yang mengalami sakit belakang. Pesakit boleh terasa amat letih selepas senaman hidroterapi, akibat berendam dalam air yang agak panas dan juga akibat senaman tersebut. Ini adalah normal. Pesakit digalakkan untuk banyakkan minum air.
Bilakah hidroterapi tidak wajar???
Adakalanya rawatan hidroterapi tidak sesuai pada pesakit apabila:
- terdapat luka terbuka atau jangkitan pada kulit
- mengidap penyakit virus atau sakit perut
- demam
- tekanan darah tinggi atau tekanan darah rendah
- mempunyai masalah pernafasan yang ketara
- pesakit dibawah rawatan dialisis
- sakit jantung
- mempunyai masalah kencing tidak lawas (urinary incontinence)
- ada jangkitan pada paru-paru
Haaa...itu jer yang dapat dikongsikan pada topik kali ini...harap dapat memberi sedikit sebanyak info mengenai hidroterapi. Sekiranya ingin tahu lebih lanjut lagi berkenaan topik ini atau topik lain, bolehlah hubungi kami di talian 012-5008700 atau kunjungi pusat terapi kami GT Physio and Rehabilitation Centre, No.30 Persiaran Tenggiri, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Comments
Post a Comment