SAKIT KEPALA CERVICOGENIC (BHGN 1)
Sakit
kepala adalah antara sakit yang paling kerap dan seringkali dihadapi oleh
seseorang tanpa mengira peringkat umur atau jantina. Secara umumnya kita hanya
mengetahui sakit kepala sebagai satu jenis sahaja, tetapi tahukah bahawa sakit
kepala boleh dibahagikan kepada beberapa jenis dan kategori. Untuk
membincangkan secara ringkas kali ini adalah tentang sakit kepala jenis
cervicogenic.
Definisi
Sejenis
sakit kepala yang berpunca dari kawasan atlanto-occipital dan sendi upper
cervical yang bole menyebabkan kesan sakit pada satu atau lebih di kawasan
kepala atau muka.
Punca
Berlaku
disebabkan tekanan atau ketegangan serta gangguan pada leher yang menyebabkan trigeminal dan cervical afferents pada kawasan
trigeminocervical nucleus di upper cervical spinal cord terganggu.
Secara
umumnya, saraf pada kawasan leher yang menghubungkan setiap satu pada leher
terganggu. Sepatutnya saraf dan struktur cervical harus mempunyai ruang
pergerakkan tanpa gangguan.
Berdasarkan
kepada International Headache Society (IHS), mengesahkan bahawa sakit kepala
jenis cervicogenic adalah kesan kedua yang terjadi daripada kesakitan saraf
pada bahagian cervical.
Faktor risiko
Terdapat
beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada kesakitan kepala cervicogenic
menjadi lebih teruk atau berlaku dengan lebih kerap. Ini termasuk:
- · Keletihan
- · masalah tidur
- · masalah disc
- · kecederaan kesan impak secara langsung
- · postur yang salah
- · tekanan pada otot.
Tanda gejala
1)
Kesakitan
pada bahagian:
·
belakang
dan bawah kepala, kadang kala merebak ke bawah leher dan di antara tulang
belikat belakang
kening dan dahi
2)
loya,
muntah, pening
3)
penglihatan
kabur, menjadi sangat sensitif kepada cahaya atau bunyi
Oleh
kerana lokasi, sebahagian besar daripada kesakitan dirasai di kepala, walaupun
masalah itu yang berasal dari tulang belakang. Sakit biasanya bermula selepas
pergerakan leher secara tiba-tiba, seperti bersin.
Criteria untuk diagnosis seperti
terdapat dalam IHS:
- · Sakit setempat di leher dan occiput, yang boleh merebak ke dahi, mata, telinga secara sebelah (unilateral) pada kebiasaannya.
- · Sakit menjadi lebih teruk ketika pergerakan leher atau ketika mengekalkan sesuatu posisi.
- · Perubahan pada struktur tindak balas dan tone otot
- · Pemeriksaan Radiological kebiasaannya mengesan abnormal pada pergerakan flexion/extension
- · Kepatahan, kecacatan sejak kecil, kanser tulang, rheumatoid arthritis adalah antara penyumbang atau berkaitan dengan sakit kepala cervicogenic
Kesan sakit kepala cervicogenic:
- · Pergerakan pada leher terganggu atau sakit
- · Mengganggu keseimbangan dan koordinasi pergerakan
- · Mengganggu tidur
- · Sakit pada bahagian tertentu seperti leher dan kepala terutama di sekitar bulatan mata
Tidak ada
langkah-langkah pencegahan yang khusus dikenal pasti yang mampu membantu
seseorang mengelakkan episod sakit kepala cervicogenic. Walau bagaimanapun,
diet yang sihat, kadar dan posisi tidur yang betul, lakukan aktiviti secara
selamat serta mengurangkan ketegangan keseluruhan mungkin dapat membantu.
Jika anda
mempunyai ciri ciri seperti cervicogenic segeralah berjumpa dengan doctor dan
temui kami bagi rawatan selanjutnya…
Assess Analyze Achieve
30. Persiaran Tenggiri,
Seberang Jaya
13700 Seberang Jaya,
Penang
Seberang Jaya
13700 Seberang Jaya,
Penang
012-5008700
Comments
Post a Comment